MHMT ENGINEERING SDN. BHD.

"Mengutamakan Perkhidmatan Berkualiti, Segera, Efisien Dan Menepati Kepuasan Pelanggan"

Odoo CMS - a big picture

PENGENALAN SYARIKAT

MHMT Engineering SDN BHD sebelum ini dikenali sebagai MHMT Engineering Services telah ditubuhkan pada 18hb September 2001 yang merupakan syarikat dengan pegangan saham 100% Bumiputera. Bermula dengan kerja-kerja kejuruteraan mekanikal dan elektrikal, syarikat ini seterusnya mengembangkan sayapnya ke arah kerja-kerja kejuruteraan bangunan dan sivil berikutan peluang yang diterima sejajar dengan pembangunan negara.

Lokasi syarikat ini adalah terletak di Pinggiran Senawang iaitu 10km jaraknya daripada Bandar Seremban, Negeri Sembilan. Ia beroperasi di sebuah bangunan deretan kedai yang memiliki keluasan lebih kurang 40' x 90' bagi setiap bangunan termasuk bangunan pejabat, asrama dan dilengkapi dengan dua buah stor serta infrastruktur pejabat yang lengkap.